
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Dengan penuh doa dan harapan, seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada semua calon Tingkatan 5.
Tidak dilupakan juga ucapan selamat menghadapi Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PASA) kepada murid Tingkatan 4, serta Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) kepada murid Tingkatan 1 hingga 3 yang bermula hari ini, 2 November 2025.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, menenangkan hati, dan memberkati setiap usaha kalian.
Ingatlah bahawa usaha yang disertai doa dan tawakal pasti membuahkan kejayaan.
#RisingToTheChallenge #BuildingChampions
#BahiyahHebat #BahiyahJuara #BahiyahPositif #BahiyahProud

PROGRAM SANTUNI MADANI SPM 2025 OLEH PPD KOTA SETAR
TARIKH : 28 OKTOBER 2025
TEMPAT : DEWAN SMKSB
Terima kasih PPD Kota Setar atas penganjuran Program Santuni MADANI SPM 2025.
Suntikan semangat, doa, dan harapan untuk semua calon SPM agar terus berjuang dengan tekad dan jiwa MADANI!
#SPM2025 #SantuniMADANI #PPDKotaSetar
MAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA BERSAMA PPD KOTA SETAR
TARIKH : 22 OKTOBER 2025
TEMPAT : DEWAN SMKSB
Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yassin Perdana sempena SPM, STPM & STAM peringkat daerah Kota Setar berjalan dengan penuh keberkatan ini di Surau Nurul Iman.
Moga setiap doa dan ayat suci yang dibacakan menjadi kekuatan buat semua calon dalam menempuh perjalanan peperiksaan.
HIPMAX CARNIVAL: ECHOES OF OUR CULTURE
TARIKH : 27 SEPTEMBER 2025
TEMPAT : DEWAN SMKSB
What an amazing day celebrating Malaysia’s rich and colourful culture! Proudly hosted by the English Panel of SMK Sultanah Bahiyah, schools from all over Kedah came together to showcase their creativity through cultural booths, traditional costumes, and performances. Truly a feast of unity and diversity!
A big thank you to everyone who participated and supported the carnival. We can’t wait to host another one soon!
BAHIYAH OPEN DAY 2025
SMK Sultanah Bahiyah akan mengadakan Bahiyah Open Day 2025!
Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)
Masa: 7:30 pagi – 2:30 petang
Lokasi: SMK Sultanah Bahiyah
Tema: Echoes of Our Culture
Satu hari yang penuh warna-warni budaya, ilmu dan kreativiti!
Aktiviti menarik menanti anda:
STEMazing Carnival
Let’s Read Wonderland
Rona Warisan Stalls
HIPMAX Carnival
Pelbagai gerai makanan, permainan dan pameran!
Kupon:
Murid/AKP: RM20
Guru/PIBG: RM30
Jemput semua ibu bapa, alumni, dan warga komuniti untuk hadir dan memeriahkan acara ini bersama kami!
Mari kita raikan keunikan budaya dan semangat juang Bahiyah

PROGRAM PEMANTAPAN ADAB & SAHSIAH:
“MEMBINA GENERASI MADANI BERAKHLAK MULIA”
TARIKH : 10 SEPTEMBER 2025
TEMPAT : DEWAN SMKSB
Murid telah diberi pendedahan dan pengisian bermakna kepada murid tentang kepentingan adab, nilai murni serta pembentukan sahsiah unggul selaras dengan aspirasi Generasi MADANI.
PROGRAM BAHIYAH BERSELAWAT & CERAMAH MAULIDURRASUL 1447H
TARIKH : 3 SEPTEMBER 2025
TEMPAT : DEWAN SMKSB
Alunan selawat dan tausiyah penuh penghayatan sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H telah diadakan di sekolah pada 3 September 2025.
Program dimulakan dengan Bahiyah Berselawat oleh Ustaz Mohammad Naim bin Ismail, diikuti dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Mahathir bin Ahmad yang menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada warga sekolah.
Semoga program ini menyemai kecintaan yang mendalam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kalangan warga sekolah.
SELAMAT MENDUDUKI UJIAN UTQH & UJIAN LISAN PQS SPM 2025
TARIKH : 18 OGOS 2025 - 20 OGOS 2025
Warga sekolah mendoakan semoga semua calon yang menduduki Ujian Tilawah, Hafazan & Bacaan Hadis (UTQH) serta Ujian Lisan Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah (PQS) dipermudahkan urusan, diberikan ketenangan, serta dikurniakan kejayaan yang gemilang di dunia dan akhirat.
Semoga usaha hari ini menjadi bekal kejayaan di masa depan, insya-Allah.

















































