Pada 1 hingga 4 Februari yang lalu, Pasukan Bola Tampar sekolah SMKSB telah menyertai Pertandingan Bola Tampar Peringkat Daerah Kota Setar di SMK Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat. Pasukan sekolah kita telah mengalahkan pasukan-pasukan dari SMK Agama Kedah, SMA Darussaadah dan SMK Keat Hwa 2 untuk menjadi johan kumpulan. Pada peringkat suku dan separuh akhir, pasukan sekolah kita telah menewaskan SMK Mergong dan SMK Tunku Abdul Rahman. Akhir sekali, pasukan sekolah kita berjaya merangkul pingat emas dan menjadi Johan keseluruhan dengan menewaskan pasukan tuan rumah, SMK Tunku Abdul Aziz, dan sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang pertandingan tahun ini.
Lima pemain dari sekolah juga kita telah terpilih dan akan mewakili Daerah Kota Setar ke Pertandingan Bola Tampar Peringkat Negeri Kedah yang akan diadakan di Daerah Kubang Pasu.
- NUR QISTINA KAMILIA BINTI MOHD KHAIZI
- NUR IRDINA BINTI BASRI
- NUR ZULAIKHA BINTI ABDUL MANAP
- SITI NUR BALQIS BINTI NOOR IZWAN
- SITI NUR ADILLA BINTI ABDUL MANAP