Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat memohon kelancaran PT3 2016
Tarikh : 6 Oktober 2016 (Khamis)
Masa : 12.45 tengah hari
Tempat : Surau SMKSB
Bacaan Yasin, solat hajat dan mohon restu sering dijadikan amalan oleh orang Islam kerana mempunyai banyak keberkatannya. Justeru pada setiap tahun, majlis ini diadakan sebagai salah satu usaha murni bagi memohon keberkatan daripada Allah S.W.T agar para pelajar SMK Sultanah Bahiyah, yang terdiri daripada Tingkatan 3, khususnya, diberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran peperiksaan PT3 2016.
Selamat Maju Jaya kepada murid yang bakal menduduki PT3 2016.
Semoga Kejayaan Bakal Menjadi Milik Kita.... INSYA ALLAH