Tarikh : 14 Februari 2018 (Rabu)
Masa : 8.00.hingga 12.30 tgh hari
Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun ini telah berlangsung dengan meriah sekali. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap peserta yang mewakili rumah sukan masing-masing sangat menggalakkan. Tahniah diucapkan kepada rumah Cempaka yang berjaya mengekalkan kejuaraan untuk sekian kalinya dan tahniah diucapkan kepada rumah teratai yang berjaya mendapat tempat kedua, rumah melati tempat ketiga dan rumah anggerik di tempat keempat.