Karnival STEAM SMK SULTANAH BAHIYAH
Tarikh : 16 - 19 Jun 2019
Pelancaran karnival STEAM telah diadakan pada 16 Jun 2019 (Ahad) di dewan sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang karnival diadakan. Panitia-panitia yang terlibat dengan aktiviti STEAM ialah Panitia Sains, Panitia Matematik, Panitia Matematik Tambahan, Panitia RBT, Panitia ASK, Panitia Pendidikan Seni, Panitia Fizik, Panitia Biologi dan Panitia Kimia serta dengan kolaborasi bersama Pusat Sumber Sekolah (PSS), Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Pusat Sains Negara Cawangan Utara.