Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-49 telah berlangsung pada hari Ahad 28 Februari 2016 dengan semangat kesukanan yang tinggi. Persaingan di antara atlit rumah-rumah sukan Anggerik, Cempaka, Melati dan Teratai amat menggalakkan. Perasmian kejohanan telah dilakukan oleh Yang Berusaha Pn Narmi Binti Othman (Pegawai SIP + PPD Kota Setar).
Pada tahun ini, rumah Melati telah berjaya menjadi JOHAN keseluruhan rumah sukan dengan pungutan mata 327 , diikuti oleh rumah Cempaka dengan pungutan mata 255, rumah Teratai dengan pungutan mata 185 dan rumah Anggerik dengan pungutan mata 152.
Acara perbarisan rumah sukan dimenangi oleh Rumah Teratai manakala acara perbarisan Badan Beruniform dimenangi oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS).
Olahragawati bagi acara Kelas 1 dimenangi oleh Kuneshwari A/P Thiaga Rajan dari rumah Cempaka
Olahragawati bagi acara Kelas 2 dimenangi oleh Nur Sabreena Haiza Binti Shahrul Rashadi dari rumah Melati.
Olahragawati bagi acara Kelas 3 dimenangi oleh Amnani Binti Mohammad Naqib dari rumah Cempaka.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan balapan dan padang 2016.