Pra kejohanan balapan dan padang telah diadakan selama 4 hari berturut-turut bermula 22.02.2016 hingga 25.02.2015 (Isnin hingga Khamis). Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti larian 200m, 400m, 800m, 4x200m, 4x400m, lumba jalan kaki 3 km, 1500m, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi, merejam lembing dan acara tarik tali separuh akhir.
Kesemua para atlit rumah sukan menunjukkan semangat rumah sukan yang begitu tinggi sekaligus menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing.