Tarikh : 23 Julai 2018 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik gerakan SMKSB
Pn. Zaiton Binti Ismail atau lebih mesra dengan panggilan 'kak Ton' mula berkhidmat di SMK Sultanah Bahiyah pada 1 Jun 1978 sebagai pembantu operasi dan telah bertugas selama 40 tahun di SMKSB. Beliau seorang yang sangat komited dengan kerja-kerja yang diamanahkan dan sangat rajin membantu rakan setugas dan guru-guru. Kami di SMKSB mengucapkan selamat berehat dan jasamu tetap dikenang...