Selamat Datang Ke SMK Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah

1.0 Pendahuluan
Penubuhan sekolah bermula dengan kelas-kelas aliran Melayu murid perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Asma. Pada 12 Januari 1964, kelas-kelas telah diasingkan pentadbirannya dan diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan. Sekolah ini merupakan sekolah menengah khas yang pertama di negeri Kedah untuk murid-murid perempuan. Semenjak tarikh tersebut, sejarah telah meyaksikan bahawa kejayaan demi kejayaan mula dilakarkan oleh sekolah. Berikut disenaraikan lanskap kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah di bawah kepimpinan pentadbiran para pengetua yang berdedikasi.

 

2.0 Puan Aishah Hanum binti Dadameah (1964 – 1968)

Pencapaian:

2.1 Prasarana

a) Sekolah telah berpindah ke lokasi baru iaitu Jalan Day (Lebuhraya Sultanah Bahiyah) dengan bilangan murid 625 orang, 26 orang guru dan 17 buah bilik darjah.
b) Sekolah dilengkapi dengan 3 bangunan blok iaitu A,B,C sebuah padang permainan dan bangunan asrama.

 

3.0 Cik Puteri Kamariah binti Megat (1969-1976)

Pencapaian:

3.1 Prasarana

a) Pada 16 julai 1969, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah telah berkenan merasmikan pembukaan dan penukaran nama sekolah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah. Di Samping itu, 2 buah bangunan baru telah dibina (Blok D dan E).

3.2 Akademik

a) Pada tahun 1977, mata pelajaran Perdagangan, Prinsip Akaun dan Sains Tulen bagi murid Tingkatan 4 mula dipekenalkan di sekolah.

3.3 Kokurikulum

a) Salah seorang murid sekolah ini iaitu Rohani binti Yusoff telah mewakili Malaysia dalam kejohanan sukan ASEAN di Jakarta.
b) Selain itu, pihak sekolah telah menubuhkan Pasukan Kadet Polis Sekolah dan secara langsung sejarah menyaksikan penubuhan pasukan kadet polis perempuan pertama di negeri kedah.

 

4.0 Hajah Cik Nasriah binti Magribi (1977-1982)
Pencapaian :
4.1 Prasarana

a) Pada tahun 1980 sebuah bangunan yang menempatkan 3 buah makmal sains tulen telah berjaya dibina

4.2 Akademik.

a) Kelas Rancangan Khas telah dibuka dan kelas tersebut berjaya menempatkan seramai 70 orang murid yang terpilih hasil daripada keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Darjah Lima seluruh negeri Kedah.

4.3 Kokurikulum

a) Sekolah juga telah meneruskan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.

 

5.0 Cik Hasnah binti Abdullah (1982-1985)
Pencapaian :
5.1 Prasarana

a) Sebuah bilik kaunseling telah diwujudkan bertujuan untuk membantu dan memberi khidmat nasihat serta bimbingan kepada semua murid

5.2 Akademik.

a) Pada tahun 1983, kelas tingkatan enam telah dibuka kepada calon-calon yang mendapat keputusan terbaik Sijil Muridan Malaysia (SPM)

5.3 Kokurikulum

a) Murid Norazita binti Shariff telah muncul sebagai Johan Musabaqah Tilawah
Al-Quran peringkat Negeri Kedah.

 

6.0 Puan Hajah Noraini binti Mahmud (1985-1989)
Pencapaian :
6.1 Prasarana

a) Beberapa kemudahan fizikal sekolah telah dibina antaranya pondok pengawal, balai bakti dan bangunan bengkel kemahiran hidup..

6.2 Akademik.

a) Bagi memantapkan prestasi murid, Ahli Jawatankuasa Kelas dan Ketua Mata pelajaran telah ditubuhkan bagi setiap tingkatan
b) Kelas tambahan telah diperkenalkan bagi mengatasi kelemahan murid dalam bidang akademik.

6.3 Kokurikulum

a) Pihak pentadbiran sekolah terus berusaha mencipta kecemerlangan dalam bidang kokurikulum

 

7.0 Puan Hajah Latifah binti Zakaria (1989-1990)
Pencapaian :
– Meneruskan kecemerlangan yang dimulakan oleh Puan Hajjah Noraini binti
Mahmud

 

8.0 Puan Hajah Embun binti Ali (1990-2000)
Pencapaian :
8.1 Prasarana

b) Pembinaan bangunan baru blok G, dewan sekolah, kolam air dan surau sekolah.
c) Majalah MURNI edisi pertama telah berjaya diterbitkan.

8.2 Akademik.

a) Meneruskan kecemerlangan dalam bidang kurikulum

8.3 Kokurikulum

b) Pada tahun 1998, asrama sekolah telah muncul sebagai Johan Keseluruhan Asrama 5 Bintang di negeri Kedah
c) Selain itu, sekolah juga telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan 3K peringkat kebangsaan

 

9.0 Cik Normah binti Ishak (2000-2004)
Pencapaian :
9.1 Prasarana

b) Pembinaan bangunan ICT yang lengkap dengan kemudahan computer bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran

9.2 Akademik

a) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah telah diiktiraf sekolah harian biasa terbaik di negeri Kedah
b) Sekolah telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan pada tahun 2002.
c) Memenangi tempat kedua Anugerah Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah serta Sekolah Harapan Negara.

9.3 Kokurikulum

a) Meneruskun kecemerlangan dalam bidang kokurikulum

 

10.0 Puan Hajah Rahinun binti Mohd. Noor (2004-2013)

Pencapaian :
10.1 Prasarana

a) Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Harian Berasrama (Bandar) peringkat kebangsaan.

10.2 Akademik

a) Sekolah telah menerima Anugerah Cemerlang Shell ekoran daripada peningkatan kualiti Penilaian Menengah Rendah (PMR).
b) Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009, 12 mata pelajaran telah mencatatkan pencapaian lulus 100 peratus.
c) Diiktiraf sebagai sekolah ketiga terbaik di negeri Kedah kerana kejayaan 100 peratus lulus tiga tahun berturut-turut dalam Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM)

10.3 Kokurikulum

b) 2 orang murid Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah telah mewakili negara dalam acara lompat tinggi Kejohanan Little Athletic MSC/ MSN/ MSSN/ WALAA
c) Di samping itu, sekolah juga telah meraih Anugerah Seri Asrama Terbilang Kategori Ketua Warden.
d) Pasukan Kadet Polis telah menjadi Johan kebangsaan dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat, Pasukan Badan Beruniform dan Pertandingan Kawad Kaki Hari Belia Kebangsaan.
e) Penubuhan Pasukan Okestra dan bilik muzik khas.

 

11.0 Pn. Hajah Zaini binti. Kamaruddin (2013 – 2017)

Pencapaian :
11.1 Prasarana

a) Pembinaan Anjung International Baccalaurate yang dilengkapi dengan free zone wifi untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan alaf 21
b) Menaik taraf surau sekolah dengan kemudahan audio visual, LCD dan penghawa dingin.

11.2 Akademik

a) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 9 (Mac 2013). Kebitaraan sekolah ini adalah dalam bidang Bahasa Inggeris dan Kadet Polis,
b) Program Middle Year Programme International Baccalaurate (MYPIB) diteruskan iaitu bermula dengan bengkel secara bersemuka dengan fasilitator bertauliah dalam program MYPIB peringkat antarabangsa (workskop), Latihan pengajaran (Teach to Teach) sehinggalah kepada pembinaan Modul MYPIB.
c) Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah sedang melangkah ke fasa penilaian terakhir program iaitu pada April 2016 sebelum diiktiraf sebagai antara sekolah perintis pertama MYPIB di Malaysia

11.3 Kokurikulum

a) Pasukan Kadet Polis telah meneruskan legasi kejayaan dengan menjadi Johan Pasukan Terbaik Kadet Polis peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan selama dua tahun berturut-turut (2014-2015),
b) Pasukan Angklung telah dan tersenarai sebagai salah sebuah kumpulan yang terbaik dalam pertandingan SEAMEO peringkat antarabangsa.
c) Pasukan Nasyid Ajmal Amani telah mencipta sejarah sebagai Johan Pertandingan Bintang Nasyid Mu’mim Muslim yang ke-7 sekaligus menyaksikan Siti Shahilah binti Abdul Shukor dinobatkan sebagai penyanyi solo terbaik dalam pertandingan tersebut.

 

12.0 Pn. Hajah Noor Ashikin binti Yusoff (2018 - sekarang)

 

13.0 Penutup

Sesungguhnya kejayaan yang telah dicapai oleh pihak sekolah sejak bermulanya penubuhan sekolah sehingga ke saat ini tidak hadir dengan mudah. Kejayaan tersebut melambangkan betapa kukuhnya semangat kerjasama seluruh warganya, Semoga Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah terus mengekalkan momentum kejayaannya dalam segala bidang demi kedaulatan agama, bangsa dan negara tercinta. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah akan terus menjadi antara pusat kecemerlangan pendidikan negara.

Tukar Bahasa


Statistik Pelawat

490507
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Pelawat
126
490
4424
6034
490507

Your IP: 44.220.245.254
2024-03-19 13:30

Warga SMKSB

Portal Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah © 2016-2019