Pada 4 Februari 2016 sekolah telah mengadakan kejohanan merentas desa yang disertai oleh semua pelajar yang mewakili rumah sukan masing-masing. Acara dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan seterusnya peserta dilepaskan mengikut kategori menengah rendah dan menengah atas. Acara pelapas dan acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh En Mohamad Azwa Bin Salleh (YDP PIBG SMK Sultanah Bahiyah).
























































































