Selamat Datang Ke SMK Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah

Sudahkah anda ke PSS Minggu Ini?

Berapakah buku yang anda baca pada minggu ini?

 

4acc2cf2 72b9 4923 b08d 06db1651be68

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2026

 

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2026

 

TARIKH : 11 JANUARI 2026

TEMPAT : DEWAN SMKSB

 

Warga SMK Sultanah Bahiyah – House of Champions dengan penuh rasa teruja dan gembira mengalu-alukan kehadiran semua murid kembali ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan baharu.
Kehadiran hari ini bukan sekadar permulaan rutin, tetapi langkah awal untuk membina disiplin, keyakinan diri dan semangat juang dalam menuntut ilmu.
Semoga setiap murid hadir dengan hati yang lapang, minda yang bersedia dan azam yang kuat untuk terus belajar, berkembang dan mencapai kecemerlangan akademik serta sahsiah.
Ayuh kita sama-sama menyahut cabaran, menyusun langkah dengan yakin dan melakar kejayaan demi masa depan yang gemilang.
 
#Rising to the Challenge, Building Champions
 
 
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
01/11 
start stop bwd fwd

KARNIVAL DIGITAL UTILISATION AND TECHNOLOGY AWARDS (DUTA) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2025

KEPUTUSAN PENUH KEJAYAAN SMK SULTANAH BAHIYAH SEMPENA

KARNIVAL DIGITAL UTILISATION AND TECHNOLOGY AWARDS (DUTA)

PERINGKAT NEGERI KEDAH 2025

 

TARIKH : 10 NOVEMBER 2025 - 11 NOVEMBER 2025

TEMPAT : DEWAN AL FARABI, ZON B JPN KEDAH

 

1
2
3
4
5
6
7
8
9
1/9 
start stop bwd fwd

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM, PASA DAN UASA 2025

PENGURUSAN SPM 2025

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN 2025

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

 

Dengan penuh doa dan harapan, seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada semua calon Tingkatan 5.

Tidak dilupakan juga ucapan selamat menghadapi Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PASA) kepada murid Tingkatan 4, serta Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) kepada murid Tingkatan 1 hingga 3 yang bermula hari ini, 2 November 2025.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, menenangkan hati, dan memberkati setiap usaha kalian.

Ingatlah bahawa usaha yang disertai doa dan tawakal pasti membuahkan kejayaan.

#SMKSB #SPM2025 #UASA2025

#RisingToTheChallenge #BuildingChampions

#BahiyahHebat #BahiyahJuara #BahiyahPositif #BahiyahProud

 

POSTER SPM 2025

PROGRAM SANTUNI MADANI SPM 2025 OLEH PPD KOTA SETAR

PROGRAM SANTUNI MADANI SPM 2025 OLEH PPD KOTA SETAR

 

TARIKH : 28 OKTOBER 2025

TEMPAT : DEWAN SMKSB

Terima kasih PPD Kota Setar atas penganjuran Program Santuni MADANI SPM 2025.

Suntikan semangat, doa, dan harapan untuk semua calon SPM agar terus berjuang dengan tekad dan jiwa MADANI!

#SPM2025 #SantuniMADANI #PPDKotaSetar

 

1
2
3
4
5
6
7
1/7 
start stop bwd fwd

MAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA BERSAMA PPD KOTA SETAR

MAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA BERSAMA PPD KOTA SETAR 

 

TARIKH : 22 OKTOBER 2025

TEMPAT : DEWAN SMKSB

 

Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yassin Perdana sempena SPM, STPM & STAM peringkat daerah Kota Setar berjalan dengan penuh keberkatan ini di Surau Nurul Iman.

Moga setiap doa dan ayat suci yang dibacakan menjadi kekuatan buat semua calon dalam menempuh perjalanan peperiksaan.

#SPM2025 #DoaKamiBersamamu

1
2
3
1/3 
start stop bwd fwd

HIPMAX CARNIVAL: ECHOES OF OUR CULTURE

HIPMAX CARNIVAL: ECHOES OF OUR CULTURE 

 

TARIKH : 27 SEPTEMBER 2025

TEMPAT : DEWAN SMKSB

What an amazing day celebrating Malaysia’s rich and colourful culture! Proudly hosted by the English Panel of SMK Sultanah Bahiyah, schools from all over Kedah came together to showcase their creativity through cultural booths, traditional costumes, and performances. Truly a feast of unity and diversity!

A big thank you to everyone who participated and supported the carnival. We can’t wait to host another one soon!

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
01/15 
start stop bwd fwd

BAHIYAH OPEN DAY 2025

BAHIYAH OPEN DAY 2025

 

SMK Sultanah Bahiyah akan mengadakan Bahiyah Open Day 2025!

🗓️ Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)
🕢 Masa: 7:30 pagi – 2:30 petang
📍 Lokasi: SMK Sultanah Bahiyah

Tema: Echoes of Our Culture
Satu hari yang penuh warna-warni budaya, ilmu dan kreativiti!

Aktiviti menarik menanti anda:
🔬 STEMazing Carnival
📚 Let’s Read Wonderland
🎭 Rona Warisan Stalls
💃 HIPMAX Carnival
🎪 Pelbagai gerai makanan, permainan dan pameran!

🎟️ Kupon:

Murid/AKP: RM20

Guru/PIBG: RM30

Jemput semua ibu bapa, alumni, dan warga komuniti untuk hadir dan memeriahkan acara ini bersama kami!
Mari kita raikan keunikan budaya dan semangat juang Bahiyah 

BOD

PROGRAM PEMANTAPAN ADAB & SAHSIAH: “MEMBINA GENERASI MADANI BERAKHLAK MULIA”

PROGRAM PEMANTAPAN ADAB & SAHSIAH:

“MEMBINA GENERASI MADANI BERAKHLAK MULIA”

 

TARIKH : 10 SEPTEMBER 2025

TEMPAT : DEWAN SMKSB

Murid telah diberi pendedahan dan pengisian bermakna kepada murid tentang kepentingan adab, nilai murni serta pembentukan sahsiah unggul selaras dengan aspirasi Generasi MADANI.

1
2
3
4
1/4 
start stop bwd fwd

PROGRAM BAHIYAH BERSELAWAT & CERAMAH MAULIDURRASUL 1447H

PROGRAM BAHIYAH BERSELAWAT & CERAMAH MAULIDURRASUL 1447H 

 

TARIKH : 3 SEPTEMBER 2025

TEMPAT : DEWAN SMKSB

Alunan selawat dan tausiyah penuh penghayatan sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H telah diadakan di sekolah pada 3 September 2025.

Program dimulakan dengan Bahiyah Berselawat oleh Ustaz Mohammad Naim bin Ismail, diikuti dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Mahathir bin Ahmad yang menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada warga sekolah.

Semoga program ini menyemai kecintaan yang mendalam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kalangan warga sekolah.

 

1
2
3
4
1/4 
start stop bwd fwd

Tarikh  : 27 Disember 2016

Masa   : 8.00 pagi hingga 12.00 tgh hari

Tempat  : Dewan Sekolah

Selamat Datang....

Selamat datang diucapkan kepada murid-murid tingkatan 1 sesi persekolahan 2017.

 

15873292_1810375802560002_1215964087972466682_n
15894890_1810375619226687_4666025548767280856_n
15941023_1810375529226696_4688060553645494485_n
15941061_1810375835893332_3834638023189858292_n
15965552_1810375632560019_7597029734821207482_n
15965731_1810375485893367_1852799923408000068_n
15965988_1810375542560028_4059109353502356001_n
15977509_1810375685893347_8588574422550836012_n
15977567_1810375665893349_1137019480512052737_n
15977700_1810375845893331_1260728778080507531_n
15977739_1810375759226673_8482754402713725583_n
15977822_1810375782560004_8763735029569053299_n
15977886_1810375515893364_5332973840542152208_n
01/13 
start stop bwd fwd

Tukar Bahasa


Statistik Pelawat

729165
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Pelawat
104
970
970
13216
729165

Your IP: 216.73.216.115
2026-02-03 08:47

Warga SMKSB

Portal Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah © 2016-2019